Free Islamic App

Monday 3 March 2014

PROJEK TELEFON PINTAR 3D OLEH GOOGLE

Google membangunkan telefon pintar yang dilengkapi dengan sensor 3 dimensi (3D). Pada masa ini, telefon pintar tersebut telah mencipta prototaipnya dan dikerahkan ke beberapa pembangun untuk mengujinya. Projek telefon pintar 3D oleh Google ini telah dinamakan sebagai “Projek Tango”.

Kenyataan rasmi Google ada memberitahu”Tujuan Projek Tango adalah untuk memberi pemahaman tentang keupayaan peranti mudah alih dan ruang bersamaan pergerakan manusia”.

PROJEK TELEFON PINTAR 3D OLEH GOOGLE

Dipetik dari Laman web BBC pada hari Jumaat lepas, sebanyak 200 peranti telefon pintar telah ditawarkan Google kepada pemaju. Dengan sensor 3D tersebut, pemaju boleh bayangkan pelbagai kemungkinan yang boleh dibuat dan menjadikannya satu kenyataan .

Sebagai contoh, dengan telefon pintar yang mempunyai keupayaan untuk mengesan lokasi dan kewujudan sekelilingnya, pemaju boleh mewujudkan aplikasi yang boleh membantu orang buta untuk berjalan di dalam bilik tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Menurut Google, sensor 3D yang ditanamkan dalam telefon pintar tersebut mempunyai keupayaan pengukuran 3D sebanyak 250 ribu kali sesaat, sambil sentiasa memperbaharui kedudukannya dalam masa yang nyata.

Penganalisis berkata bahawa hari ini banyak syarikat-syarikat sedang menunggu untuk teknologi baru yang boleh digunakan setiap hari untuk menarik lebih ramai pengguna .

“Tumpuan ini bukan hanya pada peranti perkakasan yang dimiliki, tetapi juga apa yang peranti tersebut boleh lakukan” kata Bryan Ma, selaku Associate Vice President IDC kepada BBC.

Setelah diwujudkan, peranti tersebut juga akan disertakan dengan aplikasi komersil. Oleh itu,Ianya diharapkan permintaan akan ada bukan sahaja daripada individu, tetapi juga daripada syarikat-syarikat.

Sumber : TeknoDeras

No comments:

Post a Comment

Ping Busuk Widget