Free Islamic App

Wednesday 19 February 2014

Fenomena petir catatumbo

Fenomena petir catatumbo

Dilampirkan sebuah video menarik tentang Fenomena yang dipanggil "Relámpago del Catatumbo" atau "Petir Catatumbo" merupakan salah satu fenomena alam yang pelik.

Terletak di sungai Catatumbo, Danau Maracaibo (Venezuela), feneomena halilintar berlaku di langit yang mempunyai ketinggian lebih dari 5 kilometer, 10 jam dalam satu malam dan berlaku sebanyak 280 kali perjam. Ribut yang hampir kekal ini berlaku di atas dataran tanah paya. Kawasan ini kerap berlaku 1.176.000 sambaran elektrik setahun dengan keamatan hingga 400000 ampere dan dapat dilihat hingga jarak 400 km.

Fenomena ini juga digunakan oleh para pelaut sebagai navigasi(penunjuk arah). Pelanggaran angin dari pergunungan Andes menyebabkan berlaku ribut dan petir yang merupakan sebagai hasil dari electrical discharge melalui proses pengionan gas-gas, terutama methan yang dibentuk oleh penguraian bahan organik di paya. Menjadi lebih ringan dari udara, gas tersebut naik hingga ke awan.

Beberapa pemerhati persekitaran tempatan berharap agar kawasan ini dilindungi oleh UNESCO kerana fenomenanya yang menakjubkan dan juga sumber terbesar untuk membentuk semula lapisan ozone di planet bumi.

Namun demikian di atas berbagai teori tetapi pastilah ini semua berlaku kerana Kehendak Allah swt.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber youtube Imam Puji Hartono (Fenomena Alam : Halilintar Terus menerus di Venezuela)

Tuesday 18 February 2014

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Terletak di Lake Thingvallavatn di Thingvellir National Park di Iceland, Silfra adalah sebahagian daripadaperselisihan Atlantik - garis pemisah di antara benua Eropah dan Amerika. Ia adalah satu retakan besar dipermukaan bumi ini, di mana plat benua bertemu dan rekahan tersebut secara perlahan-lahan semakin melebar sebanyak kira-kira dua sentimeter setahun.

 Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Di laut dalam Lautan Atlantik retakan ini tidak dapat dilihat, tetapi pada Silfra, air daripada glasier Iceland yang mencair membuatkan retakan ini dapat dilihat.

Penglihatan yang menakjubkan dan kemudahan yang ada membuatkan Silfra menjadi lokasi popular untukmenyelam. Penyelam dan snorkelers boleh terapung di antara plat tektonik Amerika dan Eurasian  dan di sesetengah tempat, anda sebenarnya boleh menyentuh kedua-dua benua pada masa yang sama!

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Sumber :
Heritage Collection



Monday 17 February 2014

Murid Baru Berusia 1 Abad

murid tua Wow, Murid Baru Sekolah Ini Berusia 1 Abad

Sebuah sekolah bahasa untuk orang dewasa di Saudi menerima seorang murid lelaki baru. Hebat, murid baru ini menjadi isu hangat di berbagai media di Saudi kerana murid baru ini adalah seorang datuk berusia 100 tahun.

Muhammad al-Zubaidi (100) adalah lelaki tertua bersekolah di sekolah orang dewasa di bandar Saudi. Zubaidi juga merupakan salah satu pelajar paling disiplin di sekolah kerana selalu datang ke sekolah tepat waktunya.

Harian Okaz melaporkan pada Ahad (16/2/2014) "Pihak berkuasa pendidikan yang mengawasi sekolah ini berkata mereka amat tersentuh dengan usaha dan tekad lelaki ini untuk terus belajar, meskipun pada usianya yang sudah mencapai satu abad."

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Huraian
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.

ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Sumber : Detikislam

Sunday 16 February 2014

Gambar Bandaraya Dubai 1991 VS 2014

Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mengandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar. Kebanyakan jualan amiriah adalah dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA)[5] dan, kenaikannya, dari pelancongan.
Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Walau bagaimanapun, ini menarik perhatian, bersesuaian dengan kemunculannya sebagai sebuah hab bisnes dunia, dan juga menonjolkan isu-isu hak kemanusiaan mengenai tenaga kerja pendatang besarnya.
Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang juga Wakil Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Meskipun bentuk pemerintahan Dubai adalah dalam bentuk kerajaan berpelembagaan, namun kerajaan berpelembagaan itu terpaksa tunduk pada undang-undang yang berlaku di sana.
Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2.262.000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. Pada awal 1900-an kebudayaan Dubai telah dipengaruhi dengan kebudayaan Iran. Lalu, mulai 1960-an, adat kebudayaannya telah digantikan dengan kebudayaan India dan Pakistan. Kini kebudayaan asing lain turut ikut mewarnai kehidupan rakyat dan masyarakat Dubai.
Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mendongkrak pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keIslaman dan kontemporari.
Dubai telah banyak sekali membangunkan hotel dan gedung mewah dengan fasiliti kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Apabila diintip beberapa hotel supermewah, seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta Pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan terkaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.

Dubai 2013
Dubai 1991
Dubai pada tahun 1991

Dubai 2005
 Dubai pada tahun 2005
Dubai 2012
 Dubai pada tahun 2012

Dubai 2014

Dubai 2014
Sumber : Diarishare

Konsep Syukur Nabi Muhammad SAW

Konsep Syukur Nabi Muhammad SAW

Riwayat: Bukhari

Hadith: Daripada  Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”

Huraian Hadith:

Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan.
Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT.
Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai.
Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.

Sumber: JAKIM (Konsep Syukur Rasulullah SAW).

Anda akan lebih menghargai kehidupan anda selepas anda tengok cara hidup penduduk bandar ini

Kita seringkali mengeluh dan menyalahkan orang lain apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau kesempitan dalam kehidupan. Pada hal, banyak lagi orang lain yang mempunyai kehidupan yang lebih teruk.

Hong Kong sememangnya terkenal sebagai bandar paling kaya dan paling padat jumlah pendudukan. Sudah menjadi kebiasaan di bandar, orang kaya senang menjadi lebih kaya, orang miskin pula akan terus terpinggir. Di Hong Kong, jurang antara penduduk kaya dengan penduduk miskin tersangatlah tinggi. Di kala orang kaya duduk selesa di rumah mewah, banyak penduduk miskin yang terpaksa tinggal bersesak-sesak di dalam sebuah rumah apartment. Dan paling menyentuh hati pula bila mereka ini terpaksa tinggal di dalam sangkar seperti binatang. Jangan terkejut..ini adalah kehidupan biasa di Hong Kong.
Sumber : edisiblogger

Kehidupan di Hongkong
Kehidupan di Hongkong
Kehidupan di Hongkong
Kehidupan di Hongkong

Saturday 15 February 2014

Ketahui Negara Islam Dengan Penduduknya 12 Orang Sahaja


Madinah City

Ketahui Negara Islam Dengan Penduduknya 12 Orang Sahaja | Pada tahun 621M, iaitu pada bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas ke-Rasulan Nabi Muhammad s.a.w, seramai 12 orang dari kaum Aus dan Khazraj telah bertemu dengan pemimpin agung kita untuk melafazkan baiat taat setia pada Rasulullah s.a.w. Antara kandungan baiat mereka adalah :

Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
Melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
Meninggalkan apa yang Allah larang.
Bermula saat itu, Rasulullah s.a.w telah pun sah dan secara rasmi menjadi pemimpin, pemerintah, raja, dan juga khalifah di Yastrib yang kemudiannya telah ditukar nama menjadi Madinah walaupun rakyat yang berbaiah pada awalnya hanya sejumlah 12 orang sahaja.

Kemudian melalui dakwah, Kerajaan Islam Madinah terus berkembang sebagai sebuah Daulah Islamiyah yang pertama di muka bumi.

Jelas, kedaulatan sebuah negara bukan terletak hanya pada jumlah rakyatnya sahaja.. tapi yang lebih penting lagi ialah ketaatan rakyatnya pada pemerintah yang hanya akan mengabdikan diri pada Allah swt dalam segala dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin dan khalifah.
Kenapa 12 orang itu perlu ke bersusah-susah ke Mekah untuk bersyahadah? Bukankah untuk memeluk Islam mereka hanya perlu melafazkan kalimah syahadah di Yastrib sahaja dengan Allah swt sebagai saksi?

Jawabnya tuan-tuan…. Islam yang sempurna tidak akan dapat kita capai dengan hanya sekadar melafazkan dua kalimah syahadah, tapi perlulah diiringi dengan sumpah taat setia pada pemerintah/khalifah yang Allah swt lantik untuk mentadbir umat manusia menurut Al Kitab dan Al Hikmah.

“Barangsiapa yang mati dan dilehernya tidak ada bai’at maka dia matidalam keadaan jahiliyah.”

wallahu’alam…



Sumber : Ketahui Negara Islam Dengan Penduduknya 12 Orang Sahaja | GilerKentang 

Tuesday 11 February 2014

Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini

Simo Hayha Penembak Hendap

Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini | Jika hendak dibandingkan dengan zaman kini mahupun yang sezaman dengannya, percayalah tidak ada seseorang pun yang boleh menandingi kehebatan insan yang diberi nama Simo Hayha ini. Simo Hayha(disebut Si-mo Hei-ha) dikagumi bukan sahaja oleh rakyat Finland tetapi juga oleh seluruh tentera-tentera di dunia. Mengapa bergitu?

Direkodkan bahawa insan yang digelar White Death ini telah berjaya membunuh Red Army(tentera Soviet Rusia) dengan menggunakan Mosin-Nagant M28 kira-kira 505 orang. Namun, terdapat sumber mengatakan ia mencapai 542 orang kesemuanya.

Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini 5 Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini
Simo Hayha dengan senapang kegemarannya,Mosin-Nagant M28

 Disebalik kemahiran tembakan tepatnya, Simo juga terkenal dengan sifat beraninya dengan membunuh kira-kira 200 orang Red Army dengan menggunakan Submesingun Suomi KP/-31. Dengan itu, jumlah keseluruhan Red Army yang tewas adalah kira 800 orang kesemuanya.! Jumlah yang bergitu besar untuk satu peperangan yang hanya menjangkau 100 hari. Jumlah ini gagal ditandingi oleh mana-mana tentera sezaman dengannya.

Bagaimana Simo Hayha bermula sebagai Sniper?

Simo adalah seorang petani dan pemburu sebelum menganggotai tentera Finland sebagai sniper. Seruan untuk menganggotai tentera berkobar-kobar apabila Finland telah diserang oleh jirannya yang berfahaman komunis iaitu Rusia pada tahun 1939. Atas dasar untuk mempertahankan negaranya, Simo telah bertekad menggunakan segala kemahiran yang beliau ada untuk mengekalkan kedaulatan negaranya.

Seorang penembak hendap(sniper) memiliki kemahiran individu yang tersendiri, adakah Simo Hayha turut memilikinya?

Sepertimana penembak hendap yang lain, Simo mempunyai kemahiran individu yang tersendiri, bahkan Simo berjaya mewujudkan satu jurang kelainan berbanding penembak hendap-penembak hendap yang lain. Direkodkan, Simo mengadaptasikan kemahiran yang dimilikinya sebagai seorang pemburu di kampung halamannya ke dalam pertempuran yang sebenar.

Tidak seperti penembak hendap yang lain, Simo gemar menggunakan iron sight(target besi) dan bukannya telescopic sight(target teleskop) kerana baginya dengan menggunakan telescopic sight, seseorang penembak hendap akan mudah dikesan lokasi penyembunyiannya. Untuk pengetahuan anda telescopic sight boleh memantulkan cahaya matahari yang boleh menyebabkan ia mudah dikesan.

Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini 2 Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini
Dengan penyamaran yang baik,cekap,sabar dan berkemahiran tinggi membolehkan Simo Hayha dinobat penembak hendap bertaraf lagenda.

Simo juga gemar memadatkan salji(kerana beliau berperang pada musim sejuk pada waktu itu) bagi mengelakkan salji terpercik apabila beliau menembak. Dengan itu, beliau tidak mudah dikesan.
Simo juga menggunakan seluruh baju penyamaran(camouflage) berwarna putih dan tidak akan bergerak pada satu-satu tempat pada masa yang cukup lama. Itulah kelebihan seorang penembak hendap yang sukar didapati pada tentera-tentera biasa, iaitu Kesabaran.!

Simo hanya akan bergerak,itupun dengan kadar pantas, apabila telah menembak seorang tentera musuh. Dengan ketangkasan beliau, beliau susah untuk dikesan kehadirannya.

Apakah rekod paling besar yang dicatatkan oleh Simo Hayha sepanjang perang 105 hari itu?

Rekod paling besar Simo adalah beliau berjaya menembak kira-kira 25 orang tentera musuh dalam masa hanya satu hari.

Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini 2 Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini

Kenapa muka Simo Hayha seperti kelihatan herot?

Pada masa mula-mula masuk tentera, muka Simo adalah normal. Namun semasa Perang Musim Sejuk(Winter War) telah hampir berakhir, Simo telah ditembak oleh tentera musuh di rahang kirinya menyebabkan tulang pipinya hancur. Simo cedera parah dan koma selama beberapa hari. Beliau bangkit daripada koma semasa perang telah diistiyharkan tamat. Kegagalan membunuh Simo amat mengecewakan Joseph Stalin dan panglima Red Army.

Apakah anugerah kerajaan Finland kepada Simo Hayha?

Sebagai seorang yang amat berjasa kepada negaranya, tidak mungkin Simo boleh dipinggirkan. Simo yang menjadi pujaan rakyatnya dan igauan bagi musuh ini telah dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Leftenan Kedua oleh Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim. Tiada seorang dalam sejarah ketenteraan mampu dinaikkan pangkat secara drastik sepertimana Simo Hayha.!

Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini 3 Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini
Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim

Bilakah Simo Hayha meninggal dunia?

Disebalik kecederaan parahnya yang hampir meragut nyawanya, Simo Hayha bagaimanapun berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai veteran perang yang dikagumi sehingga berusia 96 tahun. Beliau meninggal dunia pada 1hb April 2002 di perkampungan terpencil di Ruokolahti berhampiran dengan sempadan Rusia. Dalam satu temubual dengannya pada 1998, Simo ditanya oleh hos tentang bagaimana menjadi seorang penembak hendap yang hebat, beliau lantas menjawab, Käytäntö (yang membawa maksud latihan)

Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini 4 Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini

Sumber : Simo Hayha Penembak Hendap Yang Terhebat Pada Zaman Ini | GilerKentang 

Monday 10 February 2014

Israel Serang Masjid Al-Aqsa

Israel Serang Masjid Al-Aqsa

PALESTIN. Tentera Israel bertindak biadab membaling bom ringan di masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmuqaddis.

Pertempuran antara tentera Israel dan jemaah itu tercetus selepas solat Jumaat, kelmarin.

Puluhan jemaah kemudiannya berbalas serangan dengan membaling batu sambil melaungkan, ‘kami mengorbankan darah dan jiwa kami untuk anda demi Aqsa!’.

Seorang lelaki cedera dan dirawat di dalam kawasan masjid.

Imam masjid Mohamed Hussian yang mengutuk serangan itu berkata, insiden itu adalah pencabulan jelas yang ditolak oleh semua agama dan undang-undang antarabangsa.

“Ia adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap masjid Al-Aqsa. Pihak berkuasa Israel bertanggungjawab terhadap serangan ini kerana mereka memerintahkan askar untuk melakukan serangan yang bertujuan untuk merampas masjid ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld memberi helah bahawa pihaknya mendapat maklumat terdapat beberapa penduduk Israel membaling batu ke arah anggotanya di situ.

“Kami mendapat maklumat mereka membaling batu ke arah anggota petugas selepas solat Jumaat dan sebagai tindak balas kami terpaksa menggunakan bom untuk meleraikan serangan itu,” katanya menurut laporan Al Jazeera.

Susulan kejadian itu, seramai tujuh orang awam ditahan selepas dua jam kekecohan itu tercetus.

Sumber : qawiee

Sejarah Pembukuan Hadis

Sejarah Pembukuan Hadis

Memasuki abad ke-3 H, para ulama mulai memilah hadis-hadis sahih dan menyusunnya ke dalam pelbagai topik.

Memasuki abad ke-8 M, satu per satu penghafal hadis meninggal dunia. Meluasnya daerah kekuasaan Islam juga para penghafal hadis terpencar-pencar ke berbagai wilayah. Di tengah keadaan itu, usaha pemalsuan hadis demi memuluskan pelbagai kepentingan bermaharajalela.

Keadaan itu mengundang keprihatinan Umar bin Abdul Aziz (628-720 M), Khalifah Dinasti Umayyah kelapan yang berkuasa pada 717-720 M. Guna mencegah punahnya hadis, Umar bin Abdul Aziz memerintahkan pembukuan hadis-hadis yang dikuasai para penghafal. Gagasan pembukuan hadis itu pun mendapat sokongan dari para ulama di zaman itu.

Sang Khalifah yang dikenali jujur ​​dan adil itu akan memerintahkan Gabenor Madinah, Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazm (wafat 117 H) untuk mengumpulkan hadis dari para penghafal yang ada di tanah suci kedua bagi umat Islam itu. Saat itu, di Madinah terdapat dua ulama besar penghafal hadis, yakni Amrah binti Abdurrahman dan Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq.

'' Kedua-dua ulama besar itu yang paling banyak menerima hadis dan paling dipercayai dalam meriwayatkan hadis dari Aisyah binti Abu Bakar,'' tulis Ensiklopedi Islam. Selain itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memerintahkan Muhammad bin Syihab Az-Zuhri (wafat 124 H) untuk menghimpun hadis yang dikuasai oleh para ulama di Hijaz dan Syria.

Sejarah peradaban Islam mencatatkan Az-Zuhri sebagai ulama agung dari kelompong tabiin pertama yang membukukan hadis. Memasuki abad ke-2 H atau abad ke-8 M, usaha pengumpulan, penulisan, serta pembukuan hadis dilakukan secara besar-besaran.

Para ulama penghafal hadis mencurahkan perhatian mereka untuk menyelamatkan'' sabda Rasulullah SAW'' yang menjadi pedoman kedua bagi umat Islam, setelah Al-Quran. Ulama diberbagai kota peradaban Islam telah memberi sumbangan yang besar bagi pengumpulan, penulisan, dan kewangan buku di abad ke-2 H.

Di kota Makkah, ulama yang getol dan tumpuan menyelamatkan hadis adalah Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij. Pembukuan hadis di kota Madinah dilakukan oleh Malik bin Anas atau Imam malik dan Muhammad bin Ishak. Aktiviti sama juga dilakukan ulama di bandar-bandar peradaban Islam seperti; Basrah, Yaman, Kufah, Syria, Khurasan dan Rayy (Iran), serta Mesir.

Upaya pengumpulan, penulisan, dan kewangan hadis pada masa itu belum sesuai harapan. Pada masa itu, masih terjadi percampuran antara sabda Rasulullah SAW dengan fatwa sahabat dan tabiin. Hal itu tampak pada kitab Al-Muwatta yang disusun oleh Imam Malik.

Pada zaman itu, isi kitab hadis terbilang amat pelbagai. Sehingga, ada ulama yang menggolongkannya sebagai al-musnad, yakni kitab hadis yang disusun mengikut urutan nama sahabat yang menerima hadis dari Rasulullah SAW.

Selain itu, ada pula yang memasukkan dalam kategori al-jami, yakni kitab hadis yang memuatkan lapan pokok masalah, yakitu akidah, undang-undang, tafsir, etika makan-minum, tarikh, sejarah kehidupan Nabi SAW, akhlak, serta perbuatan baik dan tercela.

Ada pula yang menggolongkan kitab hadisnya sebagai al-mu'jam, yakni kitab yang mengandungi hadis mengikut nama sahabat, guru, kabilah, atau tempat hadis itu didapati; yang disusun secara abjad.

Pelbagai usaha dilakukan oleh para ulama tempoh berikutnya. Para tabiin dan generasi sesudah tabiin cuba memisahkan antara sabda Rasulullah SAW dengan fatwa para sahabat dan tabiin. Para ulama pun menuliskan hadis yang termasuk sabda Rasulullah lengkap dengan sanadnya atau dikenali sebagai al-musnad.

Ulama yang generasi pertama yang menulis al-musnad adalah Abu Daud Sulaiman Al-Tayasili (133-203 H). Setelah itu, ulama generasi berikutnya juga menulis al-musnad. Salah seorang ulama terkemuka yang menulis kitab hadis itu adalah Ahmad bin Hanbal atau Imam Hanbali. Kitab hadisnya dikenali sebagai Musnad al-Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

Meski telah memisahkan antara hadis sabda Rasulullah SAW dengan fatwa sahabat dan tabiin, al-musnad dianggap masih mempunyai kekurangan, kerana masih mencampurkan hadis sahih, hasan, daif, bahkan hadis palsu alias maudhu.

Memasuki abad ke-3 H, para ulama mulai memilah hadis-hadis sahih dan menyusunnya ke dalam pelbagai topik. Abad ini disebut sejarah islam sebagai era Tadwin atau pembukuan Al-Quran. Pada masa ini, muncul ulama-ulama ahli hadis yang membukukan sabda Rasulullah SAW secara sistematik.

Para ulama hadis yang muncul di abad pembukuan hadis itu antara lain; Imam Bukhari menyusun Sahih al-Bukhari; Imam Muslim menyusun Sahih Muslim, Abu Dawud menyusun kitab Sunan Abi Dawud; Imam Abu Isa Muhammad At-Tirmizi menyusun kitab Sunan at-Tirmizi; Imam an-Nasai menyusun kitab Sunan An-Nasai dan Ibnu Majah atau Muhammad bin Yazid ar-Rabai al-Qazwini. Keenam kitab hadis ini kemudian dikenal dengan sebutan al-Kutub as-Sittah atau kitab hadis yang enam.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam menetapkan hadis keenam pada jajaran al-Kutub as-Sittah. Sebahagian ulama berpendapat, kitab yang keenam itu adalah Sunan Ibnu Hibban karya Ibnu Hibban al-Busti (270-354 H). Ulama lain menempatkan al-Muwatta karya Imam Malik sebagai kitab hadis keenam.
sumber: DetikIslam

Sunday 9 February 2014

Negeri-Negeri Paling Bahaya di Malaysia

Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi. Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama. Manakala negeri paling selamat di Malaysia adalah Sabah.

Negeri-Negeri Paling Bahaya di Malaysia

Sumber : Amekaw

8 pemain bola sepak beragama Islam di Newcastle United

8 pemain bola sepak beragama Islam di Newcastle United

Jika dalam pelbagai laporan berita melaporkan bahawa Newcastle United hanya mempunyai empat pemain Muslim, iaitu Cheick Tiote, Demba Ba, Hatem Ben Arfa, dan Papiss Cisse, tetapi sebenarnya menurut Alan Pardew, The Magpies mempunyai lapan pemain Muslim.

Hal itu dijelaskan Pardew dalam sebuah artikel yang disiarkan di Daily Mail, Sabtu (3/11). Pardew tidak menjelaskan siapa saja nama empat pemain Muslim yang lain kerana boleh jadi empat pemain tersebut adalah anggota pasukan cadangan (reserves) atau bahagian dari akademi muda Newcastle.

Pardew sangat terkesan dengan disiplin pemain Muslim yang berpunca dari agama yang dianuti mereka. Menurut dia, lapan pemain Muslim itu menjadi bahagian penting dari kelab.

Pelatih berusia 51 tahun itu menilai, kelompok pemain Muslim itu tidak hanya fokus pada kerjaya, namun juga mengambil berat tentang bagaimana mereka hidup, makan, tidur, dan bertingkah laku.

Beberapa pemain Muslim tidak secara terbuka menunjukkan identiti keagamaannya. Salah satu pemain yang dinilai Pardew taat menjalankan ibadah agamanya adalah striker andalannya adalah Demba Ba. "Mungkin lebih daripada yang lain dan saya menghormati itu," kata bekas arkitek West Ham itu.

Sumber : DetikIslam

10 barang yang semakin dilupakan

Kali ni nak kongsi dengan korang beberapa barang yang dulunya mungkin pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita tetapi sekarang ramai yang dah lupakan kewujudannya. Mungkin jugak ada budak-budak generasi sekarang yang langsung tak pernah dengar atau tengok barang-barang ni secara live.

1. Walkman



- Gadget impian semua anak muda zaman dulu-dulu. Guna kaset untuk dengar lagu.

2. Discman

Discman

- Lebih kurang Walkman, tapi yang ni guna CD. Tak sempat popular kerana tidak lama selepas kemunculannya, pemain mp3 seperti iPod diperkenalkan.

3. Kaset

Kaset

- Kalau ada budak-budak yang gatal tangan  main tarik tali tape dia tu, terpaksa la putar secara manual guna pensel. Itupun kalau tak putus.

4. Video Tape

Video Tape

- Masa umur 4-5 tahun selalu senyap² pergi umah jiran sebelah, tengok citer My Little Pony.

5. Disket

Disket


- Nak transfer file masa dulu bukan macam sekarang, main download je sesuka hati. Satu disket baru 1.44MB, jadi dalam kepala selalu cari mana-mana file untuk di delete sebab space tersangatlah terhad.

6. Filem Kamera (Kodak)

Filem Kamera (Kodak)



- Jenama lain pun ada jugak rasanya, tapi Kodak la yang legend. Bab bergambar pulak, terpaksa catu sebab satu filem boleh ambil 36 keping je. Itupun selagi gambar tak dicuci, hati akan gundah gulana takut kalau gambar tak menjadi.

7. Mesin Taip

Mesin Taip

 - Sebelum adanya komputer, mesin taip memang digunakan dangan meluas. Memang mencabar buat kerja guna benda ni...dah la kena hentak keyboard tu kuat-kuat, pastu kena taip dengan hati-hati, tak boleh tersilap walaupun satu huruf. Kalau tak, tiada maaf bagimu.Yang best pasal benda ni, bila dah sampai hujung tu dia akan bunyi "ting" pastu kita tolak & start balik tulis dari belah kiri. Pernah jugak penulis buat jadi alat muzik...pastinya kena hati-hati takut-takut nanti jari tersepit di celah keyboard yang jarak-jarak tuh..

8. Jam Loceng

Jam Loceng


- Mungkin ada lagi yang pakai jam sebijik macam ni. Tapi dah ramai yang tinggalkannya...set alarm guna handset lagi senang kan?..lagipun bunyi jam ni betul-betul buat kita marah la, terasa semacam nak baling ke dinding jer

9. Mouse Dengan Roller

Mouse Dengan Roller


- Ini pun masih ramai yang guna, tapi tunggu masa je nak pupus.

10. Kad Public Phone

Kad Public Phone



- Budak asrama memang selalu guna kad ni nak telefon mak ayah kat kampung tambah-tambah yang bercinta tu mesti banyak la kad ni. Ada yang siap buat koleksi lagi...

Itulah senarai 10 Barang Yang Semakin Dilupakan versi penulis. Pasti korang pun ada pengalaman guna barang-barang ni kan? Kongsi la sikit...

Sumber : OhRojak

Saturday 8 February 2014

Jangan salah pilih makanan seperti Bani Israel

Jangan salah pilih makanan seperti Bani Israel

Dibebaskan dari cengkaman Firaun dan Allah janjikan kemenangan atas Baitul Maqdis ternyata tak membuat Bani Israil bersyukur. Lagi-lagi Bani Israil berulah dengan menyuruh Nabi Musa AS berperang sendirian. Alhasil Bani Israil yang fasik akhirnya diganjar hukuman disesatkan di padang pasir Tih selama 40 tahun. Tapi rupanya hukuman itu tak membuat mereka jera, mengapa?

Dikisahkan ketika Bani Israil disesatkan di padang pasir yang panas, Allah ternyata memberikan karunia kepada mereka. Mukjizat berupa naungan awan senantiasa mengiringi kemana pun Bani Israil pergi, makanan terbaik berupa manna dan salwa pun selalu tersedia tanpa perlu diburu dengan susah payah.

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. "(Al Baqarah: 57)

Tapi tak dinyana, justru kaum Nabi Musa itu malah meminta makanan pengganti yang lebih rendah untuk mereka. Allah Ta'ala berfirman:


وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَن نَّصْبِرَ عَلَىَ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنبِتُ الأَرْضُ مِن بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ اهْبِطُواْ مِصْراً فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, yaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya. "Musa berkata:" Mahukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta ... "(QS Al Baqarah: 61)

Ibnu Qoyyim mendedahkan bahwasannya Bani Israil telah berada dalam suatu tempat yang luas, udaranya lebih baik, lebih jauh dari penyakit dan kotoran, bumbung yang melindungi mereka dari sengatan matahari adalah awan, makanan mereka salwa dan minuman mereka manna.

Ibnu Zait turut berkata, "Makanan Bani Israil ketika mereka berada di padang sahara (tih) hanya satu macam, demikian pula minuman mereka. Minuman mereka madu yang turun dari langit yang disebut manna, sedangkan makanan mereka burung yang disebut salwa. Mereka hanya makan daging burung dan minum madu; tak ada roti atau makanan lain.

Ibnu Qoyyim juga menuturkan bahawa sudah maklum betapa utamanya jenis makanan dan minuman dari Allah tersebut dibanding dengan jenis makanan dan minuman lain. Ini merupakan salah satu contoh buruknya pilihan mereka serta sekurang-kurangnya pengetahuan mereka mengenai jenis makanan yang bermanfaat dan sesuai, sehingga meminta makanan yang mengandungi mudarat.

Sementara Hasan Al Basri mengatakan bahawa Bani Israil terlanjur terbiasa dengan hal tersebut (makanan yang mereka minta), maka mereka tidak sabar terhadap makanan manna dan salwa. Mereka teringat kepada kehidupan sebelumnya yang biasa mereka jalani. Mereka merupakan kaum yang biasa makan kacang adas, bawang merah, sayur-mayur dan bawang putih (vegetarian).

Oleh karenanya Musa AS berkata, "Mahukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta ... "

Ibnu Katsir menyatakan bahawa pada ayat tersebut terkandung teguran dan celaan terhadap permintaan mereka yang meminta jenis-jenis makanan yang rendah ini, padahal mereka sedang dalam kehidupan yang menyenangkan dan mempunyai makanan yang enak lagi baik dan bermanfaat.

Banyak pendapat mengenai manna, diantaranya ialah cecair putih yang mirip madu walau ada yang berpendapat itu adalah cendawan truffle kerana adanya hadis Nabi SAW yang berbunyi, "Cendawan kam'ah (truffle) berasal dari manna, airnya mengandung obat penawar bagi mata." (HR Bukhari)

Menurut Imam Dzahabi, manna yang turun pada pohon khotmiy yang berasal darinya berwarna putih dan yang tidak berasal darinya berwarna hijau. Kekuatannya bertambah dan berkurang bergantung pohon yang dihinggapinya, bagus untuk dada, bermanfaat untuk batuk dan dapat menghilangkannya.

Sedangkan salwa dikatakan Adz Dzahabi adalah jenis burung puyuh, memakannya menyenangkan hati dan menghancurkan kencing batu, bagus untuk kimus, bermanfaat untuk orang yang sihat dan yang baru sembuh dari sakit. Lalu bagaimana dengan kacang adas?

Dihuraikan oleh Ibnu Muflih bahwasannya kacang adas itu mengganggu orang lain dan menyebabkan perut kembung. Sesungguhnya adas itu disebut bersamaan dengan bawang merah di dalam Al-Qur'an. Kacang adas adalah syahwat yang lebih disukai oleh orang-orang Yahudi daripada manna dan salwa.

Adas mengandungi karakter kematian, panas-kering. Adas juga mengandungi dua sifat yang bercanggah; yang satu mengeraskan najis; sedang yang lain melunakkannya.

Adas sangat berbahaya bagi pengidap melancholia (masalah dengan ampedu hitam) dan membuatnya mengalami mimpi buruk. Adas juga boleh memekatkan darah, juga tidak baik untuk saraf.

Adas sukar dicerna, tidak baik untuk perut, sangat berbahaya bagi orang yang sukar buang air kecil, menghalang kelancaran darah haid, menyebabkan bengkak-bengkak sejuk dan menghasilkan angin yang tebal.

Sekali lagi, akibat prilaku yang fasik dengan menolak kurnia berupa makanan yang baik dan meminta ganti dengan makanan yang rendah kualitinya maka Allah menghinakan Bani Israil seperti yang dinyatakan dalam lanjutan surat Al-Baqarah ayat 61.

"Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas. "

Semoga umat Islam dapat mengambil pelajaran dari peristiwa yang dialami oleh Bani Israil. Sesungguhnya dalam Al-Qur'an dan Hadits telah dikemukakan juga mengenai pelbagai makanan yang halal lagi baik. Lalu apakah patut bagi umat Islam mengikuti langkah-langkah Bani Israil?

Sumber : DetikIslam

Kelebihan minum kopi

Kelebihan minum kopi

Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing.


Namun antara faedah kopi yang paling diperkatakan bukan setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih bertenaga sebaik bangun tidur tetapi ia lebih daripada itu.


Kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.


Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.


Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.






Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.


Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.


Tanpa perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran, sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur.

Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit.


Dua sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.


Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing.


Namun begitu, penampilan langsing itu tidak kekal lama sebaliknya aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.


Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.


Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.


Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu.


Masukkan kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh dengan cara menggosok secara bulatan kerana selain membuang sel kulit mati, ia dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.


Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran mata.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan beberapa minit untuk mendapat kesan melembapkan kulit.


Kopi boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.


Penggunaan kopi sebagai bahan penjagaan kulit bukan asing malah turut diamalkan oleh wanita di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman.


Malah bagi masyarakat Melayu sendiri terutama orang lama, selain sebagai bahan kecantikan kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.

Sumber : seribupilihan

7 WASIAT BERGUNA UNTUK KITA SEMUA

7 WASIAT BERGUNA UNTUK KITA SEMUA

1) Orang yang BANYAK BICARAnya janganlah kamu harapkan sangat KESEDARAN HATInya.

2) Orang yang BANYAK MAKAN janganlah kamu harapkan sangat KATA-KATA HIKMAT darinya.

3) Orang yang BANYAK BERGAUL dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat KEMANISAN ‘IBADAHnya.

4) Orang yang CINTA kepada DUNIA janganlah kamu harapkan sangat KHUSNUL KHATIMAHnya.

5) Orang yang BODOH janganlah kamu harapkan sangat akan HIDUP HATInya.

6) Orang yang memilih BERKAWAN dengan orang yang ZALIM janganlah kamu harapkan sangat KELURUSAN AGAMANYA.

7) Orang yang mencari KEREDHAAN MANUSIA janganlah harapkan sangat akan KEREDHAAN ALLAH daripadanya.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Honda Panggil Semula 2.49 Juta Kenderaan Seluruh Dunia

Honda Panggil Semula 2.49 Juta Kenderaan Seluruh Dunia

Honda Motor Co Ltd akan memanggil semula 2,49 juta kereta, SUV dan van mini di seluruh dunia, termasuklah keretanya yang popular iaitu Accord sedan, untuk membaiki masalah perisian yang boleh merosakkan transmisi automatik. Ia termasuklah 1.5 juta kenderaan di Amerika Syarikat, kira-kira 760,000 di China dan 135,142 di Kanada.

Panggilan semula ini melibatkan kereta Accord sedan empat silinder bagi model yang dibuat pada tahun 2005 hingga 2010.

Syarikat itu juga menarik balik kenderaan di beberapa bahagian Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan, Mexico dan Puerto Rico namun ia tidak melibatkan kenderaan yang dijual di pasaran Jepun. Setakat ini tiada kecederaan atau kematian telah dilaporkan berhubung masalah itu.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, panggilan semula juga melibatkan CR-V crossover bagi model yang dibuat pada tahun 2007 hingga 2010, serta Element SUV dari tahun 2005 hingga 2008.

Di China, panggilan semula melibatkan model Accord termasuklah lebih daripada 160,000 van mini Odyssey dari tahun 2005 hingga 2009 dan kira-kira 4,000 kereta Spirior iaitu versi Accord Eropah, bagi tahun 2010.

Tanpa mengemas kini perisian tersebut, transmisi automatik dalam kenderaan ini boleh rosak jika pemandu menukar gear dengan cepat.

Honda berkata, masalah mungkin timbul jika transmisi ditukar dengan cepat antara reverse, neutral dan posisi drive. Pemandu mungkin melakukannya dalam usaha untuk keluarkan kenderaan yang tersekat di dalam lumpur atau salji.

Kemaskini perisian modul kawalan transmisi akan memudahkan penukaran antara gear dan mengurangkan kemungkinan berlakunya kerosakan.

Honda akan memaklumkan pengguna di Amerika Syarikat pada akhir bulan Ogos tetapi ia tidak mendedahkan kos panggilan semula ini.

Kemas kini perisian akan mengambil masa kira-kira setengah jam, tetapi pelanggan AS mungkin terpaksa meninggalkan kereta mereka di pengedar Honda bagi tempoh yang lebih lama.


Read more: foren-6

Friday 7 February 2014

Waspada Apabila Usia Melebihi 40 Tahun

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Waspada Apabila Usia Melebihi 40 Tahun

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Foto Warna-warni Ibu Pejabat Google Di Sepanyol



Syarikat seni bina yang berpangkalan di London, Jump Studios baru saja menyelesaikan reka bentuk semula pejabat pusat Google di ibu negara Sepanyol, Madrid. Pejabat direka semula dengan ruang warna-warni yang cerah, lengkap dengan bilik mesyuarat, dan ruang kerja peribadi.

  Pejabat baru itu Ini menduduki dua tingkat bangunan di pusat bandar Madrid. Mengamalkan warisan tempatan, dibuat lengkungan kayu di tingkat dua yang memisahkan ruang kerja sekitar bahagian luar tingkat dari bilik mesyuarat dan bilik lkerja peribadi mencerminkan seni bina tradisional Sepanyol.

Ibu Pejabat Google Di Sepanyol

Ibu Pejabat Google Di Sepanyol
Ibu Pejabat Google Di Sepanyol
Ibu Pejabat Google Di Sepanyol

Ibu Pejabat Google Di Sepanyol
Ibu Pejabat Google Di Sepanyol

Sumber : ZamriSpoon

Ping Busuk Widget