Free Islamic App

Tuesday 25 March 2014

Tempat Penginapan yang Menarik

Tempat Penginapan yang Menarik


Hotel Kolarbyn Eco yang terletak di Sweden Berlagen Forest menawarkan keseronokan yang berbeza kepada para pengunjungnya.

Tempat penginapan ini menawarkan kemudahan berupa tempat tidur yang selesa dan air panas, pengunjung tempat ini diberi tempat tinggal di pondok-pondok kayu yang bersalut dengan rumput dan dedaunan kering. Setiap pondok seediakan dua katil dengan kulit kambing sebagai alas dan perapian di dalam bilik. Sementara kemudahan lain yang diberikan hanyalah lilin, pemetik api, dan kayu bakar.

Tempat Penginapan yang Menarik

Tempat Penginapan yang Menarik

Tempat Penginapan yang Menarik


Tempat Penginapan yang Menarik

Tempat Penginapan yang Menarik


Sumber - Diarishare

Monday 24 March 2014

Masih adakah lagi manusia seperti ini

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.

Masih adakah lagi manusia seperti ini

Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai.

Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah.

Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai.

Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan.

Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.Di saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang.

Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya.

Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.

*Sumber dari islam2u.net

Sunday 23 March 2014

Video Jalan Paling Berbahaya Dan Menakutkan Di Dunia

Video Jalan Paling Berbahaya Dan Menakutkan Di Dunia

Ia bukan untuk mereka yang lemah semangat. Video ini telah menjadi sensasi di youtube, dan menunjukkan bagaimana mencabar sesetengah orang.

Ini adalah jalan yang paling berbahaya di planet ini, dan boleh ditemui di kawasan pergunungan Himalaya. Dengan bentuk ular di tepian gunung, tanpa halangan memisahkan kenderaan daripada tebing paling curam yang boleh buatkan jantung berhenti.

Walaupun hanya menonton video, boleh membuatkan anda gayat.




Sumber : DiariShare

Saturday 22 March 2014

Kisah terbanyak diceritakan dalam Al-Quran

Kisah terbanyak diceritakan dalam Al-Quran

Di dalam Al-Quran banyak mengandungi cerita dan sejarah. Dalam beberapa surah bahkan bentuk cerita lebih dominan dibanding yang lainnya, sebut saja surah Yusuf, Al-Qoshos, Hud dan lain-lain. Bila kita lebih meneliti dan mengkaji lebih dalam ternyata cerita dan sejarah dalam Al-Quran banyak berputar pada sejarah dan kehidupan Nabi Musa as.

Kisah Nabi Musa as tidak hanya terdapat dalam satu surah namun bertebaran dan diulang-ulang di beberapa surah lain. Imam Zarkasyi dalam kitabnya Al-Burhan fi ulum al-Quran menukil perkataan sebahagian ulama yang menyatakan bahawa kisah Nabi Musa dalam al-Quran terdapat dalam seratus dua puluh tempat.

Apa rahsia di sebalik ini semua? Mengapa cerita Nabi Musa lebih banyak dibanding cerita nabi-nabi atau rasul yang lain? Pengarang kitab Al-fann Al-Qoshoshi (Dr. Kholifullah) berhujah bahawa Yahudi dulu menguasai persekitaran Arab dari segi pemikiran agama, dengan kekuasaan inilah mereka banyak menceritakan sejarah Nabi Musa dan Firaun. Dari sini juga akhirnya keperibadian Nabi Musa lebih banyak disebutkan dalam Al-Quran dibanding dengan keperibadian Nabi Ayub atau nabi-nabi lain.

Namun pendapat ini ditolak oleh Dr. Muhammad al-Bahi. Dalam bukunya Sikologia al-Qishoh beliau menyatakan bahawa kehidupan agama bangsa Arab sebelum Islam berbeza-beza dan berkelompok. Sebahagian orang Yaman menyembah matahari, orang Mesir kuno menyembah bulan, sebahagian mereka atheis, sebahagiannya Yahudi dan selebihnya masih dalam ajaran yang lurus mengikuti datuk moyangnya terdahulu.

Dr. Abdurrahman Uwais (Dosen Tafsir Fakulti Ushuludin Universiti Al-Azhar Kaherah) akhirnya memberikan hujahnya yang menyatakan bahawa pengulangan kisah Nabi Musa yang lebih banyak dari yang lain dalam al-Quran kerana banyak persamaan antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad dalam keadaan dakwah mereka. Kaum Musa menjadi hina dan rendah kerana selalu menjadi budak Firaun hingga rosaklah peribadian mereka yang akhirnya berkesudahan dengan penolakan kebenaran yang datang pada mereka.

Hal yang terjadi pada Nabi Musa ini juga terjadi dan sama dengan apa yang dilakukan oleh para pembesar Quraisy terhadap Nabi Muhammad. Kedua nabi ini memang mendapat misi untuk membentuk umat yang besar serta dianugerahkan syariat agama dan dunia namun dakwah Nabi Muhammad lebih berbeza kerana Rasulullah mempunyai keistemewaan dengan menyeluruh dan keabadiannya hingga akhir kiamat.

Sisi kesamaan lain adalah mereka sama-sama berusaha keras untuk meruntuhkan kerusi diktator, kemusyrikan dan kezaliman. Bani Israil tunduk dibawah hukum penguasa yang zalim hingga mereka tidak mempunyai kekuasaan apapun dalam diri mereka, sedangkan bangsa Arab berada di bawah kekuasaan suku-suku dan fanatisme golongan hingga kaum lemah selalu tunduk dan patuh pada kaum yang lebih kuat.

Kita juga melihat bahawa mereka (Nabi Musa dan Nabi Muhammad) selalu dibayangi konspirasi para penguasa. Banyak cara untuk melenyapkan dan menyingkirkan mereka dari segi penyiksaan, penghinaan hingga pembunuhan. Ternyata persamaan ini tidak hanya terbatas pada kedua nabi besar ini namun juga menimpa kepada para pengikut mereka dimana mereka rela dan bersabar walaupun ditimpa berbagai ujian, cubaan dan seksaan.

Walau demikian namun semua ini tidak menjadikan mereka gentar bahkan membuat iman mereka semakin tebal dan kukuh. Hal ini sangat jelas dilihat pada saat para penyihir yang sudah bertaubat dan sedar akan kebenaran Nabi Musa hingga mereka rela menerima ancaman dan seksaan yang diperintahkan oleh Firaun. Senada dengan itu para sahabat Nabi Muhammad selalu setia berjuang, berkorban hingga titisan darah terakhir untuk selalu berada dalam panji Islam dan cahaya Rasul.

Allah selalu menaruh hikmah di sebalik seluruh perbuatan-Nya dan tidak akan pernah membuat suatu hal dengan sia-sia. Oleh kerana itu maka tulisan yang disarikan dari kitab Qishotu ash-Shuraa 'baina ad-Dai'iyah wa ath-Thogiyah Musa wa Fir'aun fi Dhaui ayat al-Quran al-Karim ini sebenarnya tidak bertujuan untuk menghuraikan cerita Nabi Musa secara terperinci namun ia hanya berusaha mengambil beberapa pelajaran, hikmah dan 'ibrah yang mudah-mudahan dapat bermanfaat untuk kita bersama.

Saat Kelahiran

Masa menjelang kelahiran nabi menaruh pelajaran yang sangat berharga bagi kita dimana kekuasaan dan usaha yang dilakukan manusia tidaklah bermakna apa-apa jika Allah berkehendak yang lain. Kita dapat mellihat dimana keangkuhan Firaun dan bala tenteranya membunuh bayi lelaki yang lahir dari Bani Israil, kerana firaun berspekulasi bahawa pada masa akan datang seorang keturunan dari bani Israil akan menghancurkan kekuasaannya. Namun selamatnya Nabi Musa bahkan hidup di istana Firaun membuktikan kelemahan manusia di hadapan Allah.

Ketika mencari bayi Nabi Musa isteri Firaun (Asiah) berhasrat untuk dijadikan anak angkat dengan harapan agar dia dapat menjadi peneduh hati dan penyejuk pandangan kedua-dua pasangan yang tidak dikurniakan keturunan ini. Namun apalah daya, ternyata ia berbalik menjadi "bumerang" kepada Firaun. Maka benar lah sebuah ungkapan Arab bahawa balasan itu sesuai apa yang ia lakukan (al-jaza min jinsi al-'amal).

Masa muda Nabi Musa

Pada masa ini Nabi Musa mendapati dua orang sedang bertengkar, beliau memilih untuk memukul orang asing demi menolong pemuda yang berasal dari kaumnya hingga membuat beliau hijrah ke Madyan. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran bahawa apa yang Allah kehendaki itu pasti lebih baik walau secara zahir dilihat kurang baik.

Salah satu hikmah dari hijrahnya Nabi Musa berupa sebuah pendidikan dan persiapan kepada para juru dakwah agar dapat hidup di dunia yang masih murni dan suci jauh dari suasana istana dan kemegahan serta konspirasi dan fitnah di dalamnya dan agar mereka tetap bergantung pada Allah di mana-mana mereka tinggal .

Dalam sesi ini ada beberapa kesamaan antara kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf. Diantarnya adalah mereka diasingkan dari asuhan dan kasih sayang orang tua namun apa yang terjadi pada Nabi Musa lebih menggambarkan peranan si ibu sedangkan kisah Nabi Yusuf lebih menekankan pada peranan ayah. Keduanya juga membesar di zaman kekufuran, kezaliman dan kerosakan berleluasa sehingga akhirnya Allah menjaga mereka dengan cara mengasingkannya agar tidak bercampur baur dengan keadaan ini.

Kedua nabi ini juga menggambarkan peranan para wanita. Bezanya wanita yang ada pada kisah Nabi Yusuf berbanding dengan yang ada pada kisah Nabi Musa. Wanita pada cerita Nabi Yusuf (isteri penguasa Mesir yang cuba menggoda Nabi Yusuf) lebih cenderung sebagai penguji dan cubaan (mihnah) ada pun wanita yang terdapat dalam kisah Nabi Musa (baik ibu, saudara perempuannya, isteri Firaun hingga isteri Nabi Musa) lebih cenderung membawa angin positif, anugerah dan rahmat dari Allah (mihnah).

Ketika di Madyan Nabi Musa bertemu dengan dua orang wanita yang sedang beratur untuk mengambil air. Setelah dibantu Nabi Musa salah seorang wanita tadi kembali dan memanggil Nabi Musa dan memberitau bahawa ayah mereka ingin bertemu dengannya dimana nantinya salah seorang di antara mereka akan dijadikan isteri Nabi Musa.

Kita banyak mendapat pelajaran dari kisah kedua wanita ini diantaranya wanita sebaiknya tidak keluar seorang diri walau hal itu sebenarnya dapat dilakukan, keluarnya kedua wanita tadi bukan sekadar untuk sesuka hati namun untuk memenuhi keperluan penting keluarga. Ketika wanita keluar rumah hendak lah selalu beradab dan sopan tidak berlenggang-lenggok dan mata yang menggoda. Keluarnya wanita harus disesuaikan dengan keperluan saja dan ketika dia sudah selesai melaksanakan keperluannya sepatutnya dia segera pulang.

Diangkat menjadi Nabi

Setelah berhijrah ke Madyan dan berjaya berkahwin dengan salah seorang puteri iaitu Siti Safurah anak kepada Nabi Syu'aib beliau pergi menuju ke Mesir. Di tengah-tengah perjalanan iaitu di bukit Tursina beliau diangkat menjadi nabi dengan diberikan beberapa mukjizat seperti tongkat "ajaib" dan tangan yang boleh bersinar. Dari sana juga beliau diberi gelaran kalimullah (orang yang dapat berdialog dengan Allah).

Namun ketika beliau diperintahkan untuk menyampaikan dakwah ternyata menyelinap sedikit rasa takut untuk memikul beban dan tugas ini. Hal ini berdasarkan oleh beberapa alasan diantaranya Firaun terkenal dengan kezaliman, kemungkaran dan pengakuannya sebagai tuhan. Selain itu Nabi Musa juga merasa melakukan kesalahan ketika membunuh seorang pemuda hingga memaksanya berhijrah ke Madyan. Perasaan raasa bersalah inilah yang menimbulkan rasa takut dalam diri beliau.

Namun Allah menjanjikan keselamatan dan mereda rasa takut kepada utusan-Nya ini dengan firman-Nya; "Wahai Musa! Kemarilah dan jangan takut. Sesungguuhnya engkau termasuk orang yang aman. "(QS. Al-Qashash [28]: 31). Dari sini para juru da'i dapat mengambil pelajaran bahawa selama ia merasa yakin dalam kebenaran maka janganlah merasa takut ketika ia harus menghadapi lawan yang zalim walau berdiri seorang diri kerana Allah selalu bersamanya.

Tenggelamnya Bani Israel

Allah juga menunda azab kepada para hamba-Nya yang ingkar namun bila sudah tiba waktunya tidak ada yang dapat menghindarinya. Dari sinilah kita diperintahkan untuk menyegerakan taubat kerana ia tidak dapat diterima ketika roh mencapai tekak atau yang mati dalam keadaan kafir sebagaimana terdapat dalam surah an-Nisa ayat 18; "Dan taubat itu tidaklah (diterima Allah) dari mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang diantara mereka (barulah) dia mengatakan, saya benar-benar bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima) dari orang-orang yang meninggal sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu kami sediakan azab yang pedih. "

Jasad Firaun sehingga kini masih ada di Muzium Kaherah berdekatan dengan Bulatan Tahrir. Hal ini sesuai dengan janji Allah, "Maka pada hari ini Kami selamatkan ragamu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu" (Yunus [10]: 92).

Hikmah

1. Dari sini kita dapat mengambil beberapa hikmah diantaranya bahwa siapa saja yang berbuat seperti yang dilakukan Firaun akan mendapat balasan yang sama dengannya khususnya bagi mereka yang berani mengaku menjadi tuhan. Jasadnya diabadikan hingga lautpun tak sudi menerima jasad makhluk kotor ini.

2. Hikmah lainnya adalah agar para pengikut Firaun ini tidak boleh membuat mitos-mitos dan keterangan palsu seperti Firaun sudah diangkat ke langit dan sudah berada di tempatnya dengan tenang. Mudah-mudah kisah ini semua dapat menjadi ibrah (yang mendatangkan iktibar) dan manfaat bagi kita semua.

Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com

Friday 21 March 2014

Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara

Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara

Karosta Prison Hotel: Hotel Unik!! Tetamu Diperlakukan Seperti Seorang Tahanan

Karosta Prison Hotel merupakan hotel yang sangat unik. Tidak ada senyuman atau sapaan mesra dari para petugas Hotel Karosta Prison. Hotel di Latvia ini melayan tetamunya layaknya seorang tahanan. Ini adalah salah satu tarikan pelancong paling menarik yang ada di Latvia. Pengunjung banyak datang ke bekas bangunan penjara yang pernah digunakan pada zaman Nazi dan Soviet. Bukan sekadar datang, mereka pun akan dianggap sebagai tahanan. Karosta Prison Hotel yang ada di Bandar Liepaja ini dibuka setiap tahun hanya pada tarikh 1 Mei hingga 30 Oktober. Jika ingin melancong ke sana di luar waktu tersebut, anda perlu menempah melalui telefon terlebih dahulu.

Berkunjung ke sini, sama saja seperti menjadi tahanan. Pengunjung harus berjalan mengikuti perintah untuk petugas terlatih yang berpura-pura menjadi pihak penjara. Setiap perintah harus diikuti dengan cepat dan benar. Kerana tahanan, jangan terkejut jika mendapat perlakuan buruk dari warden seperti kata-kata kasar dan beberapa hubungan fizikal ringan. Untuk mengelakkan salah faham, pihak hotel telah meminta persetujuan mengenai perlakuan ini kepada para pengunjung yang akan datang. Tapi kenyataannya, hampir seluruh pengunjung tiada masalah dengan perlakuan ala warden yang mungkin dianggap kasar atau tidak sopan.

Para pengunjung ini boleh juga bermalam di bilik penjara dengan cara yang benar-benar diberikan kepada tahanan. Mereka menginap di ruang batu dengan alas tidur kayu dan selimut tipis. Tetamu juga akan diberikan makanan melalui lubang yang ada dibahagian pintu. Jangan harap dapat makanan lazat, anda akan diberikan makanan penjara yang ala kadarnya. Jika ada pengunjung yang melanggar peraturan atau perintah, mereka akan dihukum. Hukumannya antara lain latihan fizikal atau tugas membersihkan penjara.

Ada juga lawatan bersiar-siar penjara yang dipandu oleh petugas tempatan. Perkara yang paling digemari para peserta pelancongan adalah mendengar cerita seram dan mengerikan. Dahulu, banyak tahanan yang meninggal di sini. Kebanyakan dari mereka dibunuh dengan tembakan di kepala atau mati diseksa. Selain itu, banyak sekali kisah hantu di bangunan ini. Lampu yang tiba-tiba nyala atau mati sendiri, pintu yang terbuka atau tertutup sendiri, atau suara rantai yang terdengar di lorong merupakan perkara yang biasa terjadi.

Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara

Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara

Sumber : Diarishare



Thursday 20 March 2014

Subhanallah, Manfaat Solat Asar

Subhanallah, Manfaat Solat Asar

" Peliharalah segala solat (mu) dan (peliharalah) solat wustha (asar)," (al-Baqarah [2]: 238).

Rasulullah SAW bersabda: "Para malaikat mengawasi kalian dengan bergantian antara malam dan siang. Mereka kemudian berkumpul pada waktu solat subuh dan solat Asar. Lalu malaikat yang mengawasi di malam hari naik ke atas. Maka Tuhan bertanya walau Dia lebih tahu dari mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hamba Ku? 'Para malaikat menjawab, "Ketika kami pergi, mereka sedang melaksanakan solat. Dan ketika kami datang, mereka juga sedang melaksanakan solat," (HR Bukhari).

"Siapa saja yang tidak melaksanakan solat Asar, maka amal perbuatannya akan hilang sia-sia," (HR Bukhari).

Dalam solat Asar terdapat keutamaan yang besar, Rasulullah SAW mengaitkannya dengan solat Subuh.

Majoriti umat Islam menamatkan pekerjaan mereka selepas solat Asar tiba. Dengannya, solat Asar boleh menjadi penyembuhan berkesan dari segala sesuatu yang dilalui pada hari itu seperti halangan-halangan emosi, ketegangan dan keletihan.

Majoriti kaum muslimin membahagikan aktiviti mereka menjadi dua tahap. Tahap kedua ini bermula selepas solat Asar.

Oleh sebab itu, manfaat solat Asar adalah membuang sifat malas, memulihkan badan selepas makan, tidur dan berehat, memulihkan peredaran darah, melancarkan aliran darah di seluruh anggota badan serta menyalurkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan pekerjaan.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Wednesday 19 March 2014

Desa Lego Berwarna Warni Di Korea

Desa Lego Berwarna Warni Di Korea



Jika di Itali ada Cinque Terre yang terkenal dengan kampung warna-warninya, Korea juga kurangnya. Negeri Ginseng ini juga punya kampung warna-warni yang dikenali dengan 'Santorini-nya Korea' atau 'Desa Lego'. Di manakah tempat ini?

Kampung warna-warni di Korea yang dikenali dengan nama Desa Gamcheon ini terletak di Busan. Selain dikenali dengan keunikannya, kampung ini juga merupakan tempat bagi siapa yang menyukai seni dan sejarah.

Di tahun 1950-an, Desa Gamcheon adalah sebuah bandar setinggan yang dipenuhi para pelarian Perang Korea. Namun wilayah ini juga dihuni oleh komuniti keagamaan Taegeukdo yang berada selama pergolakan politik di Korea pada tahun 1900-an.

Tata letak Desa Gamcheon yang bertingkat-tingkat ini telah dirancang oleh komuniti Taegeukdo. Tujuannya adalah agar tidak ada rumah yang menghalang rumah di belakangnya. Perkara ini sesuai dengan ajaran Taekgeudo, iaitu tidak menghalang kesejahteraan orang lain.

Ketika para penduduk lebih memilih warna-warna pastel untuk dinding rumahnya, para seniman menambah sentuhan yang lebih berwarna dan menjadi menarik untuk dikunjungi.

Sayangnya, ramai pelancong yang datang ke Desa Gamcheon tidak disambut baik oleh penduduk kampung ini. Ramai yang memutuskan pindah kerana merasa terganggu. Namun rumah-rumah itu tidak mereka jual, melainkan dibiarkan begitu saja.

Desa Lego Berwarna Warni Di Korea

Desa Lego Berwarna Warni Di Korea

Desa Lego Berwarna Warni Di Korea

Desa Lego Berwarna Warni Di Korea

Sumber : Diarishare

Ping Busuk Widget