Free Islamic App

Monday, 3 March 2014

KEHEBATAN LAFAZ SUBAHANALLAH

Sepertimana yang kita tahu Subahanallah adalah satu khalimah yang di gunakan ketika membicarakan soal penciptaan langit dan bumi serta seisinya yang cukup mengagumkan. Tetapi pernah tak korang tertanya-tanya, bagaimana datangnya penggunaan kalimah "Subhanallah"?

KEHEBATAN LAFAZ SUBAHANALLAH

Disini tao nak kongsikan kepada semua pembaca akan kisah pada zaman Nabi Sulaiman a.s bagaimana lafaz subhanllah ini ditemukan.

Suatu ketika Nabi Sulaiman a.s. terbang di udara bersama sekelompok jin. Mereka melintasi satu kawasan penemempatan petani. Seorang petani yang sedang bekerja ternampak rombongan Nabi Sulaiman, lalu spontan terluncur di mulutnya, "Subahanallah! Hebatnya."

Tidak lama kemudian, Nabi Sulaiman a.s. muncul dihadapan petani itu seraya bertanya,"Kalimah apakah yang kamu ucapkan tadi."

Petani itu sedikit terpinga-pinga. Lalu dijelaskan oleh Nabi Sulaiman, ucapan tersebut lebih besar dan lebih hebat daripada seluruh kekuasaan dan kerajaan baginda.

Hari ini, selepas ribuan tahun kerajaan Nabi Sulaiman a.s. menjadi sejarah, lafaz Subahanallah masih wujud dan terus menjadi sebutan ramai. Akan kekal sebutan itu sampai hari kiamat.

Selain itu terdapat 3 buku yang menjelaskan apa itu maksud khalimah Subahanallah

1) Pertama Buku Tafsir Ibn Katsir:-

Kata pengarang buku ini: "Subhanallah" itu adalah Allah memuliakan diri Allah sendiri dan Allah membanggakan kekuatan diri Allah kerana tidak ada pihak lain yang berkuasa selain dari Allah yang maha Esa. Tidak ada Tuhan selain Allah dan tidak ada Pemelihara Bumi selain Allah sahaja.

2) Kedua Buku tafsir Jami'Ahkam Al Quran:-

Pengarang buku ini menyebut akan makna "subhana" bermakna attanzih dan al-baraah. Maknanya, Allah mulia dan suci serta bebas dari segala kekurangan. Maka sebutan lafaz "subhana" itu lafaz yang paling mulia paling besar untuk Allah sahaja dan tidal layak atau sesuai untuk pihak lain. Ada juga disebut dalam buku ini bahawa ada seorang sahabat Rasulallah saw. telah bertanya kepada Rasulallah saw. apa makna "subhanalah". Sekarang saya akan membawa "riwayat hadis" itu. Diriwayatkan dari Tolhah bin Ubaidillah Al-Fayyaadh bahawa dia (Tolhah) telah bertanya Rasulallah saw. Apa makna "subhanallah? ". Maka Rasulalllah saw pon menjawab: " tanzih(kesucian/kemuliaan) bagi Allah dari segala keburukan( kecacatan dan kehinaan)."

3) Ketiga Buku Tafsir Fi Zilal AlQuran:-

Pengarang buku ini berkata ayat pertama ini dimulakan dengan lafaz "subhana". Lafaz 'subhana'yang bermakna Maha Suci Allah adalah lafaz yang paling layak, tepat dan sesuai bagi mukjizat "Al-Israk" yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. Apabila kita membaca ayat "subhana", maka lafaz ini adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai bagi gerakan jiwa dan diri kita sambil kita menghayati dan merenung malam Al-Israk yang mulia itu. Lafaz ini juga adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai sebagai lafaz di antara hamba dengan Tuhannya iaitu Allah.

Sumber : Taotauajer

No comments:

Post a Comment

Ping Busuk Widget