Seorang budak perempuan berusia dua tahun disaman polis lalu lintas setelah ia memandu kereta mainan di luar kompleks apartmen di Florida, Amerika Syarikat (AS).
Za'Dariyah Mishaw, ditsaman dan dikenakan denda sebanyak USD4 atas kelalaiannya dalam memandu di jalan.
Biasanya pemandu takut uuntuk membayar denda saman, tetapi tidak sama dengan yang dirasakan Mishaw. Dia bahkan tidak sabar pergi ke balai polis untuk membayar dendanya.
Pada awalnya, budak dua tahun ini sedang memandu kereta mainan yang berwarna putih itu di luar kompleks apartmen. Tiba-tiba sebuah kereta polis berhenti di tempat letak dengan lampu biru berkelip.
Pegawai polis, Christian Velasco, berjalan menghampiri Mishaw sambil membawa buku dan menyerahkan Mishaw sebuah surat saman.
Polis Velasco dan rakan-rakannya sedang membuat rondaan untuk mencari suspek jenayah ketika mereka melihat budak dua tahun bermain-main sendirian dengan kereta mainan.
"Dia akan cukup laju. Perlukan beberapa waktu untuk mengejar budak ini, akhirnya kami boleh mengejarnya dan memberinya surat saman," ujar Valasco. Demikian dilaporkan oleh Daily Mail, Sabtu (15/3/2014).
Sumber : Diarishare
No comments:
Post a Comment