Kali ni nak kongsi dengan korang beberapa barang yang dulunya mungkin pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita tetapi sekarang ramai yang dah lupakan kewujudannya. Mungkin jugak ada budak-budak generasi sekarang yang langsung tak pernah dengar atau tengok barang-barang ni secara live.
1. Walkman
- Gadget impian semua anak muda zaman dulu-dulu. Guna kaset untuk dengar lagu.
2. Discman
- Lebih kurang Walkman, tapi yang ni guna CD. Tak sempat popular kerana tidak lama selepas kemunculannya, pemain mp3 seperti iPod diperkenalkan.
3. Kaset
- Kalau ada budak-budak yang gatal tangan main tarik tali tape dia tu, terpaksa la putar secara manual guna pensel. Itupun kalau tak putus.
4. Video Tape
- Masa umur 4-5 tahun selalu senyap² pergi umah jiran sebelah, tengok citer My Little Pony.
5. Disket
- Nak transfer file masa dulu bukan macam sekarang, main download je sesuka hati. Satu disket baru 1.44MB, jadi dalam kepala selalu cari mana-mana file untuk di delete sebab space tersangatlah terhad.
6. Filem Kamera (Kodak)
- Jenama lain pun ada jugak rasanya, tapi Kodak la yang legend. Bab bergambar pulak, terpaksa catu sebab satu filem boleh ambil 36 keping je. Itupun selagi gambar tak dicuci, hati akan gundah gulana takut kalau gambar tak menjadi.
7. Mesin Taip
- Sebelum adanya komputer, mesin taip memang digunakan dangan meluas. Memang mencabar buat kerja guna benda ni...dah la kena hentak keyboard tu kuat-kuat, pastu kena taip dengan hati-hati, tak boleh tersilap walaupun satu huruf. Kalau tak, tiada maaf bagimu.Yang best pasal benda ni, bila dah sampai hujung tu dia akan bunyi "ting" pastu kita tolak & start balik tulis dari belah kiri. Pernah jugak penulis buat jadi alat muzik...pastinya kena hati-hati takut-takut nanti jari tersepit di celah keyboard yang jarak-jarak tuh..
8. Jam Loceng
- Mungkin ada lagi yang pakai jam sebijik macam ni. Tapi dah ramai yang tinggalkannya...set alarm guna handset lagi senang kan?..lagipun bunyi jam ni betul-betul buat kita marah la, terasa semacam nak baling ke dinding jer
9. Mouse Dengan Roller
- Ini pun masih ramai yang guna, tapi tunggu masa je nak pupus.
10. Kad Public Phone
- Budak asrama memang selalu guna kad ni nak telefon mak ayah kat kampung tambah-tambah yang bercinta tu mesti banyak la kad ni. Ada yang siap buat koleksi lagi...
Itulah senarai 10 Barang Yang Semakin Dilupakan versi penulis. Pasti korang pun ada pengalaman guna barang-barang ni kan? Kongsi la sikit...
Sumber : OhRojak

No comments:
Post a Comment